Darlie dan Rasisme

Darkie_Toothpaste

Siapa masih ingat lagi, suatu ketika dulu ubat gigi Darlie berasal dari sebuah produk yang bernama Darkie. Definisi Darkie ialah orang berkulit hitam, malah walaupun sekarang namanya telah ditukarkan kepada Darlie (atas sebab-sebab ketakpekaan perkauman), tulisan cina 黑人 (orang hitam) masih diletakkan pada kotak-kotak ubat gigi Darlie.

Produk yang dikelola oleh syarikat Hawley and Hazel Chemical Company dari Shanghai (yang kemudiannya beroperasi di Hong Kong seterusnya Taiwan) ini, telah dibeli oleh Syarikat Colgate-Palmolive dari Amerika Syarikat pada tahun 1985, walau bagaimanapun Colgate-Palmolive tidak pernah sekalipun mempromosi produk ini kerana terma Darky atau Darkie merupakan satu panggilan yang berbaur rasis kepada kaum Afro-American atau Afro-British ketika itu, lebih-lebih lagi apabila gambar pada kotak ubat gigi Darkie tersebut menggambarkan seorang lelaki berkulit hitam dengan top hat, cermin mata satu kanta dan tali leher kupu-kupu, yang sedikit sebanyak memberi gambaran tentang Persembahan Minstrel yang popular pada awal kurun ke-19 (terma black face lahir dari persembahan ini).

Pada tahun 1990, Colgate-Palmolive menukar nama produk ini kepada Darlie untuk mengelakkan salah faham atau mungkin rusuhan kaum di Amerika Syarikat dan United Kingdom, gambar orang berkulit hitam pada kotak ubat gigi tersebut juga digantikan dengan gambar orang berkulit putih.

darkiedarlie-toothpaste

Tetapi lain pula ceritanya di Asia, walaupun nama bahasa Inggeris produk ini ialah Darlie dan gambar orang berkulit hitam juga sudah ditukarkan kepada pak cik berkulit putih, jenama 黑人牙膏 (ubat gigi orang hitam) masih digunakan dalam bahasa Cina, malah pada zaman ini terdapat kempen dalam bahasa Cina yang menenangkan pelanggan mereka dengan slogan “ubat gigi orang hitam masih ubat gigi orang hitam”. Ketakpekaan perkauman dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, Thailand, Taiwan dan lain-lain negara ASEAN ketika itu amatlah memalukan. Lebih memalukan lagi walaupun kita sudah berada di era globalisasi, terma rasis 黑人牙膏 (ubat gigi orang hitam) masih digunapakai pada kotak ubat gigi Darlie. Kaum Han patutnya mempunyai kepekaan kaum dan nilai toleransi yang tinggi kerana kekayaan budaya dan dinasti mereka yang terkenal ditaraf antarabangsa, tapi malangnya bagi Kaum Han, mereka masih mundur dari segi akhlak dan kepekaan kaum.

PS: Klik pautan ini untuk video iklan ubat gigi Darkie Malaysia. Senyum, senyumlah sayang.

Advertisements

Melayu Gasar dan Rasisme

merahmarah

“Setinggi-tinggi kebencian untuk sekecil-kecil sebab.”

Pada hari ini aku akan menulis tentang betapa rasisnya melayu-melayu tipikal atau melayu-melayu gasar. Sebelum kamu semua meneruskan pembacaan ingin aku memperingatkan bahawa bukan pendapat kamu sahaja betul, orang lain juga punya pendapat dan diharap tidak ada yang cepat melatah, kerana jika kamu meletakkan komen berlandaskan nafsu, aku tidak akan meluangkan masa untuk melayan komen kamu. Sila komen jika kamu fikir kamu matang dan bertamadun.

Mereka Tidak Pernah Faham Budaya Kaum Lain

Amat jarang sekali kita akan berjumpa dengan melayu-melayu yang faham akan budaya masyarakat kaum lain di negara bertuah ini. Orang bukan Melayu tersedia tahu akan budaya masyarakat Melayu, mungkin kerana orang Melayu itu kaum majoriti dan sebilangan besar masyarakat bukan Melayu melalui sistem pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan. Tetapi itu tidak bermakna kaum Melayu mempunyai alasan untuk tidak mengapikkan budaya, pantang larang dan perayaan kaum-kaum lain di negara ini; tiada alasan. Kamu semua patut tahu, kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Setakat Deepavali dan Chinese New Year, orang Putih pun tahu.

Pelancong Kawan, Kaum Lain Di Negara Sendiri Lawan

Sebilangan besar melayu-melayu gasar ini, berdasarkan pemerhatian aku di dalam gerabak-gerabak LRT mahupun KTM, jarang sekali dilihat mencetuskan perbualan kecil dengan kaum-kaum lain, malah jika diikutkan terdapat ramai daripada mereka yang lebih berminat untuk berbual dengan mat saleh berjambang kuning atau minah saleh blonde berbuah dada besar. Mungkin mereka mempunyai lebih daya penarik kerana mempunyai ciri-ciri fizikal yang cantik (berdasarkan fahaman orang Asia tentang kecantikan). Tetapi masalah ini bukan sahaja terdapat dalam kalangan melayu-melayu gasar sahaja, ia juga sering dilihat pada cina-cina gasar dalam pemerhatian aku. Tidak salah jika kamu semua ingin melatih penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol kamu bersama pelancong-pelancong berkulit putih, tetapi janganlah sehingga kamu mengabaikan saudara senegara kamu sendiri. Ada yang sesama kaum sendiri pun menarik muka, itu aku sungguh tidak faham.

Tidak Mahu Makan Di Restoran Bukan Melayu

Ini antara masalah yang aku paling tidak faham, kebanyakan melayu-melayu gasar ini tidak selesa makan di restoran-restoran kaum lain, katanya kotor, tidak halal, berbau colok dan bermacam-macam lagi alasan yang tidak munasabah dan berbaur rasis, walaupun restoran tersebut menyediakan makanan halal untuk orang Islam, bersih dan tidak berbau colok. Tetapi yang lebih menghairankan, melayu-melayu gasar ini amat selesa makan di restoran makanan segera seperti Mc DonaldsKFC dan Pizza Hut, tanpa mengetahui siapakah yang menggoreng serta menyediakan makanan mereka, boleh jadi pekerja beragama Buddha dari Myanmar atau penyokong Marxism dari Vietnam. Paling menghairankan, restoran mamak yang penuh dengan pekerja-pekerja Hindu senantiasa penuh dengan melayu-melayu gasar ini.

Tidak Belajar Bahasa Kaum Lain

Walaupun mereka ini selalu mengadu yang kaum-kaum tertentu sedang menipu atau mengutuk mereka dalam bahasa ibunda yang unik kepada kaum tersebut, mereka tidak pernah sekalipun cuba untuk belajar bahasa kaum lain, salah faham adalah ibu kepada masalah rasisme. Di masjid ustaz-ustaz mereka sering menekankan yang fitnah lebih teruk daripada membunuh, tetapi hampir setiap hari mereka tunduk kepada fitnah-fitnah kecil dari hati mereka. Walau bagaimanapun mereka masih menggunakan perkataan-perkataan carutan dalam bahasa ibunda kaum yang mereka kata mereka benci.

Sensitiviti Kaum

Melayu-melayu gasar ini sering mengajak kaum-kaum lain untuk menjadi lebih sensitif terhadap keperluan agama mereka, seperti tegahan untuk tidak memakan babi di hadapan mereka, tegahan untuk tidak meminum arak di hadapan mereka dan tidak makan atau minum ketika mereka berpuasa. Betul, ini semua berkait rapat dengan toleransi, tetapi toleransi antara kaum tidak berlaku dalam hubungan satu hala, kerana ia melibatkan lebih daripada satu kaum, kamu semua patut tahu kedua-dua pihak perlu menunjukkan toleransi untuk memastikan hubungan antara kaum tidak tercalar. Melayu-melayu gasar ini selalunya tidak mengendahkan keperluan agama sesuatu kaum lain, mereka tidak segan silu berzina di hadapan seorang paderi Katolik di taman-taman bunga atau taman-taman tasik di siang hari, mereka tidak segan silu memakan daging lembu di hadapan rakan-rakan Hindu mereka dan mereka juga tidak segan silu mencarut di hadapan sami-sami Zen. Apakah ini toleransi? Patutlah ramai kaum minoriti membenci kaum Melayu.

Berubahlah jika kamu seorang Melayu gasar, oleh kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga.

 

Mentaliti Orang Melayu

Sri_Lankan_Malay_Father_and_Son

Pada nukilan ini aku akan simpulkan beberapa sebab mengapa negara ini tidak akan maju.

Tandas Masih Basah

Aku telah tinggal selama beberapa tahun di luar negara, sebuah negara maju. Tandas di sana sangat kering dan amat selesa untuk digunakan, ke mana sahaja kamu semua pergi, kamu akan menjumpai tandas yang kering dan selesa, termasuklah di kawasan-kawasan kampung dan ceruk. Tidak dinafikan ada beberapa buah tandas yang kotor dan basah, tetapi biasanya tandas seperti itu berada di dalam rumah pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di sana.

Bahasa Arab, Bahasa Orang Alim

“Wah, kamu Sekolah Arab ya, sila jadi imam.”

“Wah, kamu belajar bahasa Arab? Tolong bacakan doa.”

Untuk menjadi pakar atau fasih berbahasa Arab, seseorang itu tidak semestinya harus menjadi seorang yang alim, walhal jika kamu bukan Islam sekalipun kamu mampu untuk menjadi pakar dalam bahasa Arab. Jika seseorang fasih dalam bahasa Arab, kamu tidak boleh menganggap dia seorang alim, boleh jadi dia ialah seorang EDM Head yang juga menyintai genre punk atau post-punk dan dia mungkin juga seorang pengamal ideologi Marxism atau penyokong tegar kapitalis Mc Donalds dan Starbucks. Fasih berbahasa Arab tidak bermakna seseorang memperolehi tauliah Imam dari JAKIM.

Orang Kita Kuat Melatah

Apa sahaja isu yang trending (menjadi trend?), pasti akan ada pihak yang menyokong dan pihak yang menghalang atau mengutuk. Masalahnya di Malaysia, cara-cara mereka yang gemar menghalang atau mengutuk ini amatlah tidak bertamadun; seperti orang gasar. Pendapat dia sahaja betul, pendapat orang lain salah, walaupun kesalahannya telah dipatahkan dengan fakta, dia masih mahu menegakkan benang yang basah. Orang seperti ini biasanya tidak mahu kalah dan akan menggunakan agama sebagai hujah apabila mendapati dirinya telah tersepit (walaupun dia tidak fasih berbahasa Arab).

Halal Hanya untuk Makanan dan Minuman

“Arak haram, babi haram”

Halal bukan hanya merujuk kepada makan dan minum sahaja, percakapan juga boleh jadi haram, hubungan kelamin juga boleh jadi haram, hasil pendapatan juga boleh jadi haram dan anak kandung kamu itu juga boleh jadi haram. Tetapi selain daripada merisaukan benda-benda lain yang mungkin haram, kamu sangat sibuk dengan memboikot molekul babi (yang entah betul atau tidak) berada di dalam sekeping coklat. Perangai kamu macam haram.

Industri Kreatif Diperlekehkan

Negara-negara maju kini amat mementingkan industri kreatif, kerana pereka grafik, pengacara lagu, pemuzik (kontemporari atau klasik), pengarah filem dan lain-lain bidang yang memerlukan kreativiti adalah perlu untuk memperkenalkan identiti dan perspektif sesuatu bangsa. Seperti yang aku perhatikan, di bumi bertuah ini kita masih meletakkan penekanan yang tinggi kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi, sehinggakan sesetengah daripada kita lupa bahawa setiap era ketamadunan adalah berpasakkan falsafah dan seni.

Budaya Membaca Telah Pupus

Jika diimbas kembali, inilah antara masalah yang paling merisaukan bagi aku, jika orang kita malas membaca, sudah semestinya mereka akan berfikiran sempit. Mereka akan buta dunia, mereka akan terus berada di dalam kepompong ‘melayu’ dan tidak akan bebas daripada kejahilan. Tiada masalah bagi aku sekiranya seseorang itu berminat untuk membaca buku-buku terbitan Dubook, Buku Hitam, Fixi atau Lejen, dan jika sesetengah daripada kamu merasakan buku-buku indie ini bersifat tidak formal, bersahaja dan terlalu memfokuskan isu-isu sensitif, kamu perlu tahu bahawa ilmu berubah mengikut peredaran zaman. Jika kamu cepat melatah membaca karya-karya sensitif, sesungguhnya kamu masih belum matang.

Juruwang Kurang Ajar

Masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negara membangun seperti Malaysia, dan ia bukan sahaja tertumpu kepada juruwang, malah pekerja-pekerja di kaunter kerajaan, kaunter bank dan banyak lagi institusi-institusi yang sepatutnya mementing khidmat pelanggan juga berkepentingan untuk memberikan khidmat yang terbaik buat pengguna. Jika seseorang pengguna, membayar sekian-sekian kos untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kamu, kamu perlu sekurang-kurangnya melayan mereka seperti seorang manusia, jika tidak kamu hanya akan makan gaji buta, dan memakan gaji buta ialah haram dan zalim. Jadi apa beza kamu dengan babi dan arak?

Semua Salah Yahudi

Sekian-sekian jenama ialah agenda Yahudi, sekian-sekian rancangan televisyen juga agenda Yahudi dan sekian-sekian artis juga agenda Yahudi untuk menjatuhkan umat Islam. Mentaliti jahil seperti ini eloklah dielakkan demi mencapai visi negara maju, orang Yahudi tiada masa untuk menganggu gugat ekonomi picisan orang melayu, sifat membenci Yahudi amat menjengkelkan bagi aku, kerana bagi aku mereka juga manusia. Aku mempunyai beberapa orang kawan Yahudi dari Amerika, dan aku sangat menghormati ilmu yang ada pada mereka, cara mereka berfikir juga sangat kritikal dan mereka suka membaca buku. Kamu tidak akan faham, kerana kamu masih dalam kepompong ‘melayu’ yang kamu sendiri cipta.

Bahasa Ibunda Tidak Digunakan Dengan Betul

Masalah ini juga amat merisaukan, walaupun kita perlukan bahasa Inggeris untuk mendapatkan info-info atau ilmu secara terus dan pantas, sebagai sebuah kaum, atau bangsa, kita perlu fasih dalam bahasa ibunda kita. Menjadi negara maju bukanlah bermakna kita menolak terus budaya dan identiti bangsa kita, ibarat seorang anak yang membuang ibu bapa kandungnya setelah berjaya ke menara gading, kadangkala ini membuatkan aku terfikir, adakah kamu betul-betul faham isi tersirat dalam cerita si Tanggang?

Mungkin terdapat banyak lagi mentaliti orang Melayu yang menghalang negara kita untuk mencapai kemajuan, tetapi untuk hari ini, cukup sampai di sini sahaja.

Jutawan Misteri Malaysia

MysteriousMalaysianTaekJhoLow
Low Taek Jho ketika Sambutan Tahun Baru bersama Usher pada 31 Disember 2008 di Bandar Raya Las Vegas

Aku boleh bertaruh yang kebanyakan orang Malaysia mengenali Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tony Fernandes dan mendiang Lim Goh Tong (林梧桐), tetapi kebanyakan daripada kamu semua mungkin tidak pernah mendengar nama seorang lelaki berbadan gempal bernama Low Taek Jho.

Siapakah Low Taek Jho? Bagi sesiapa yang tidak mengenali jutawan yang digelar Jho Low ini, anda boleh melihat kelibat lelaki misteri ini di kelab-kelab hiburan luar negara bersama wanita-wanita A-List (Senarai A?) berbuah dada besar. Setakat selebriti seperti Alicia Keys dan Lindsay Lohan, tiada masalah baginya. Malah, ketika Lindsay Lohan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-23 di 10ak, beliau menghantar 23 botol Cristal (sejenis champagne keluaran Louis Roederer) ke meja selebriti genit tersebut. Cristal bukanlah minuman biasa-biasa, secara runcitnya harga sebotol Cristal vintaj tahun 2006 boleh mencapai angka USD300, sekarang bayangkan berapa harga untuk 23 botol champagne tersebut, kepada yang sedang meneguk Kirin atau Suntory ketika membaca nukilan ini, anda dibenarkan untuk berasa miskin.

Bukan itu sahaja kehebatan yang telah ditonjolkan oleh Jho Low di kelab-kelab hiburan, beliau juga pernah menerbangkan 8 orang pramusaji Pink Elephant di Greenwich Village ke after-party beliau di Malaysia (ya, MALAYSIA). Kepada pembaca-pembaca yang  jahil, Greenwich Village terletak di Bandar Raya New York.

Tetapi yang menjadi misteri sehingga hari ini ialah dimanakah beliau memperoleh bekalan duit yang tidak putus-putus. Hobi beliau iaitu membeli hartanah mewah dan mengumpul hasil seni terkemuka (Monet, Basquiat, Rothko) menambah lagi kekeliruan orang ramai tentang punca pendapatan beliau.Beliau juga dikatakan pemilik kepada Women of Algiers karya Picasso yang telah dilelong dengan harga USD141juta.

Dari mana atau dari siapa lelaki gempal ini mendapat kemewahan yang tidak kenal putus tiada siapa yang tahu. Seperti biasa terdapat beberapa tabloid atau portal berita luar negara yang mengeluarkan banyak teori konspirasi atau spekulasi tentang punca pendapatan beliau. Tetapi aku tidak puas hati dengan artikel-artikel mereka kerana agak berat sebelah.

HIDUP ANAK MALAYSIA

Yoko Ono dan Strok

John-Lennon-Yoko-Ono

なんかね、調べたら絶対に夢だと思いますが今小野洋子は脳卒中を起こされたことが事実かどうかわかんないすね。でも確と入院されたことが間違いないべきだと思う。そしたら日本人の読者、アプデートあったら、ちゃんと分け合ってください!

Aku yakin kamu semua kenal Yoko Ono, seorang artis dari Jepun yang sangat berbakat, beliau ialah seorang artis multimedia, penyanyi, penulis lagu, aktivis keamanan, pembuat filem dan macam-macam lagi. Tetapi kebanyakan daripada kamu semua mungkin mengenali Yoko Ono sama ada melalui muzik beliau ataupun kerana beliau ialah balu kepada John Lennon (kepada yang tidak mengenali John Lennon, maaf kamu tidak relevan di sini).

Sebenarnya lewat petang semalam beliau telah dikejarkan ke Mount Sinai West Hospital di Bandar Raya New York, dan dikhuatiri menghidapi strok. Tetapi setakat ini, menurut maklumat yang aku kumpul, mereka belum pasti lagi sama ada beliau betul-betul menghidapi strok ataupun tidak, tetapi yang pastinya simptom-simptom yang ditunjukkan oleh beliau adalah merujuk kepada demam selesema yang agak teruk. Jadi, jika kamu semua ada mendapat apa-apa update (pengemaskinian?) tentang keadaan Yoko Ono, sila tinggalkan komen pada catatan ini kerana aku sangat risau akan keadaan beliau.

WE’RE ALL WATER

Pengharaman Malaysian Insider

“Matlamat sosialisme ialah komunisme.”

Vladimir Lenin

Semalam warga siber digegarkan dengan sebuah berita yang menyayat jantung apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengharamkan portal berita The Malaysian Insider atas dasar kandungan laman sesawang tersebut melanggar undang-undang negara. Pengikut dan pembaca tegar The Malaysian Insider yang menggunakan perkhidmatan Celcom dan Unifi adalah antara yang pertama mengadu akan pengharaman tersebut. Aku secara peribadi, masih boleh mengakses portal tersebut, mungkin kerana aku tiada kena mengena dengan Celcom dan terlalu pokai untuk melanggan Unifi.

Tetapi aku tidak akan menghuraikan panjang lebar tentang ketidakpuashatian aku akan hal ini, kerana aku tidak berapa gemar untuk menulis perihal politik di dalam blog ini.

Apa yang aku akan tekankan pada catatan ini ialah trend carian warga siber Malaysia pada 25 Februari 2016. Antara entri terhangat dengan lebih 10,000 carian dari alamat IP yang berpusat di Malaysia merujuk kepada Google Trends (boleh klik pautan ini untuk lihat sendiri) ialah nama seorang pelakon filem lucah dari Rusia iaitu Ekaterina Makarova.

Seorang pelajar sekolah menengah di Rusia telah memenangi pertandingan di atas talian di mana pemenangnya dapat meluangkan masa bersama pelakon filem lucah tersebut selama satu bulan di dalam sebuah hotel di Bandar Raya Moscow. Ruslan Schedrin mangakui bahawa dia sangat tidak sabar untuk bertemu Ekaterina (aku sokong engkau, adik) dan dia kerap melontarkan komentar mengatakan betapa bagusnya saiz pelakon tersebut. Walau bagaimanapun ibu kepada Ruslan tidak menyetujui aturan tersebut. Mungkin kita akan dapat mengetahui samada Ruslan dapat bertemu hadiah “istimewa”nya atau tidak dalam masa terdekat ini. Untuk banyak lagi berita filem lucah, teruskan membaca.

Akhir kata, selamat datang ke Malaysia, di mana berita pelakon filem lucah selalunya sama penting dengan skandal negara.

Brado Lokalah

sold-out-part-1-supreme-reselling-0

Walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa maksud lokalah (lokal+kalah?), brado-brado yang mengeluarkan jenama sendiri di bawah payungan lokalah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Aku tak kisah kamu semua mahu berbisnes, mahu cari rezeki halal, malah jika kamu semua baca nukilan aku sebelum ini, aku amatlah menyokong apa jua jenis aktiviti yang mengasah dan mengutamakan kreativiti, aku fikir itu perlu demi mencapai misi negara maju.Tidak kisahlah kamu mahu berzapin atau melakukan tarian Rave, kedua-duanya aku sokong, tapi mesti dalam kesederhanaan.

Berbalik kepada brado-brado lokalah, aku tahu sesetengah daripada mereka percaya yang idolization (pemujaan?) terhadap jenama-jenama pakaian siar luar negara adalah kuasa penggerak untuk menentukan hala tuju jenama mereka, seperti mengenali siapakah pembeli sasar atau  pengguna yang akan berminat dengan produk yang mereka keluarkan.Tidak banyak jenama lokalah yang aku kira berjaya dalam menentukan hala tuju mereka, malah sebilangan besar daripadanya menggunakan alasan idolization dan inspiration sebagai  lesen untuk terlepas daripada meniru, salin dan tampal hak milik intelektual jenama-jenama pujaan mereka.

Antara jenama pakaian siar yang sering menjadi mangsa salin dan tampal oleh pengusaha lokalah;

Supreme

Jenama kelolaan James Jebbia yang diasaskan pada tahun 1994 ini ialah sebuah jenama pakaian siar yang sangat hype (gembar-gembur) sehinggakan kamu semua boleh mendapatkan produk-produk tiruannya melalui pasar-pasar malam (atau downtown) berdekatan dengan kamu semua. Ia adalah antara jenama pakaian siar yang paling banyak dibuat tiruan oleh pengilang kapitalis dari Tanah Besar. Bagi aku, punca kejayaan jenama James Jebbia ini bertunjangkan asal-usul dan pembeli sasar Supreme, ia adalah antara jenama pertama yang menyediakan pakaian untuk pemain papan selaju dan kerana jenama ini terbit dari Bandar Raya New York, ia menambah kepada populariti dan cool factor (faktor kehebatan) Supreme. Jenama ini juga banyak melakukan usaha sama dengan jenama-jenama besar dunia seperti Comme des Garçons (コム。デ。ギャルソン), Vans, Stone Island, Fucking Awesome, Anti Hero, Undercover dan juga beberapa artis terkenal seperti Peter Saville, Jean Michel Basquiat dan Toshio Maeda (前田俊夫).

Staple Design

Jenama yang juga terbit dari Bandar Raya New York ini telah diasaskan oleh Jeff Ng atau lebih mesra dikenali sebagai Jeff Staple pada tahun 1997. Berbekalkan pengalaman beliau dengan perisian-perisian seni reka seperti QuarkXpress, Photoshop dan Illustrator, Jeff Staple telah melahirkan minat terhadap bidang seni reka grafik. Karya-karya dari Jeff Staple selalunya banyak bermain dengan kesesuaian grafik dan estetika seni yang sangat menonjol melalui kemeja-T grafik dan kemeja-T cetakan penuh rekaan beliau. Lambang burung merpati adalah sangat ikonik kepada jenama Staple Design. Antara usaha sama jenama Jeff Staple ini yang menjadi buruan peminat-peminat pakaian siar dan kaki kasut sniker ialah usaha sama Staple Design dengan Nike SB. Kasut sniker tersebut boleh menjangkau angka USD6,000 dan nilai jual semula kasut tersebut terus meningkat saban tahun.

Blvck Scvle

Aku dah terangkan tentang dua jenama otai, dan kali ini aku ingin memperkenalkan sebuah jenama baharu yang banyak memberi “inspirasi” kepada brado-brado lokalah di Malaysia; iaitu Blvck Scvle. Pengasas jenama ini, Michael Yabut atau nama mesranya MEGA, telah mengasaskan jenama ini bersama-sama dengan sahabatnya Alfred De Tagle sebagai suatu projek kecil-kecilan di samping bekerja sepenuh masa dengan Keith Hufnagel (pemilik jenama HUF). Jenama yang terbit dari San Francisco ini (ya, bukan dari Los Angeles), tergolong dalam kategori street goth aesthetic (siar goth estetik?), jadi produk rekaan Blvck Scvle amatlah sesuai untuk dipadankan dengan  pereka fesyen seperti Rick Owens. Sejak kemunculan jenama ini di Bandar Raya New York, pelanggan nombor satu yang sehingga kini masih memperagakan Blvck Scvle ialah A$AP Rocky , MC dari Harlem ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada populariti Blvck Scvle. Usaha sama yang paling menyerlah bagi aku adalah usaha sama Blvck Scvle dengan Gourmet.

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenama-jenama yang telah menjadi mangsa brado-brado lokalah, seperti FUCT SSDD, 10 Deep dan Stussy, sengaja aku tidak senaraikan selebihnya supaya kamu semua boleh cari dan nilai sendiri. Oh ya, aku juga sengaja tidak mendedahkan jenama lokalah apa yang meniru atau menyalin tampal dari jenama-jenama yang disebutkan di atas, macam yang aku kata tadi, aku penyokong kreativiti bukan pengongkong kreativiti.

PS: Bagi yang berminat dengan Blvck Scvle klik pautan ini.

 

Budak RAVE Melayu

564994

Martin Garrix

Untuk menghayati nukilan ini aku cadangkan kamu semua mainkan Armin Van Buuren ft. Kensington ‘Heading Up High’

RAVE ialah radical audio visual experience atau pengalaman audio visual radikal dalam bahasa Melayu. Walaupun terma ini sudah digunapakai sejak zaman 80-an lagi, adik-adik sebangsa dengan aku yang masih bersekolah, baru sahaja berkecimpung dalam arena Rave sejak beberapa tahun yang lepas (mungkin terpesona melihat EDM Heads dan festival tarian Tomorrowland di Belgium atau memerlukan pelantar untuk menyesuaikan diri – cubaan untuk fit in dengan rakan sebaya).

Ciri-ciri ravers (Penari Rave?) Melayu dapat dikesan dengan sekali imbas.

  1. Masih bersekolah, lingkungan umur 10-17 tahun.
  2. Celik media.
  3. Dijangka memiliki akaun Beetalk.
  4. Gemar berlatih atau merakam aksi tarian di sekolah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
  5. Tidak pernah ke Rave Party atas faktor usia.
  6. Jika terlepas masuk ke dalam Rave Party pasti akan terlibat dengan pesta tarian dadah terlebih dos.
  7. Bakal mendapat kerja kerajaan selepas bergraduasi dari IPT tempatan.

Bagi aku, segala bentuk aktiviti yang menggalakkan kreativiti terutamanya dalam kalangan anak muda amatlah penting dan wajar diberikan keutamaan supaya Malaysia mampu mencapai status negara maju. Tapi setiap aktiviti perlulah dilakukan dalam kesederhanaan, walhal perkara kebaikan sekalipun perlu dilakukan dalam kesederhanaan.

MAKAN, TIDUR, RAVE, ULANG.

Melayu dan Espresso

Espresso dalam bahasa aslinya (Bahasa Itali) membawa maksud ekspres dalam bahasa Melayu. Digelar espresso oleh orang Itali kerana proses penyediaannya adalah segera.

Sejenis kopi yang amat digemari oleh “penggemar” kopi di Malaysia, asalkan ia dihidangkan di dalam espresso shot (gelas kecil espresso?)dihiasi buih crema dan tampak menggugat untuk dimuatnaik ke Instagram; ia difahami umum sebagai segelas/secawan espresso, walaupun selain air hampir mendidih dan biji kopi dikisar halus, terdapat ramuan lain seperti gula perang dan gula tebu, asalkan ia tampak hebat dikaca telefon pintar, ia tetap layak digelar espresso.

Bagi aku, dari segi rasa tiada apa yang dapat membezakan antara segelas/secawan espresso dengan Kopi O Kosong. Mungkin lidah golongan pertengahan (juga dikenali sebagai jembel, murba atau marhaen) seperti aku ini tidak dapat mengesan perbezaannya kerana tunas rasa aku tidak sensitif (ya, tunas rasa dalam bahasa Inggeris ialah taste bud). Tapi ada kemungkinan tiada langsung perbezaan antara keduanya dari segi rasa.

Resipi Espresso

  1. Apa yang diperlukan untuk menikmati segelas/secawan espresso ialah biji kopi yang dikisar halus, air panas hampir mendidih dan crema (tidak diwajibkan).
  2. Nisbah yang disyorkan ialah 45ml air : 9 gram biji kopi yang dikisar halus.
  3. Untuk akak-akak dan abang-abang yang mempunyai espresso machine di rumah, aku cadangkan menyembur serbuk kopi tersebut dengan air panas 90°C dengan tekanan atmosferik berskala 9.
  4. Untuk yang masih kekurangan modal, air hampir mendidih yang dicurahkan di atas biji kopi dikisar halus sudah memadai.
  5. Jangan menambah ramuan lain kecuali crema.
  6. Tertib.

Aku harap perkongsian aku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sila gunakan ruangan komen untuk berkongsi pendapat kamu semua. Sebelum ‘me-ngomen’ sila sedar bahawa tidak semua orang memiliki pendapat yang sama.

Sekian.