Brado Lokalah

sold-out-part-1-supreme-reselling-0

Walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa maksud lokalah (lokal+kalah?), brado-brado yang mengeluarkan jenama sendiri di bawah payungan lokalah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Aku tak kisah kamu semua mahu berbisnes, mahu cari rezeki halal, malah jika kamu semua baca nukilan aku sebelum ini, aku amatlah menyokong apa jua jenis aktiviti yang mengasah dan mengutamakan kreativiti, aku fikir itu perlu demi mencapai misi negara maju.Tidak kisahlah kamu mahu berzapin atau melakukan tarian Rave, kedua-duanya aku sokong, tapi mesti dalam kesederhanaan.

Berbalik kepada brado-brado lokalah, aku tahu sesetengah daripada mereka percaya yang idolization (pemujaan?) terhadap jenama-jenama pakaian siar luar negara adalah kuasa penggerak untuk menentukan hala tuju jenama mereka, seperti mengenali siapakah pembeli sasar atau  pengguna yang akan berminat dengan produk yang mereka keluarkan.Tidak banyak jenama lokalah yang aku kira berjaya dalam menentukan hala tuju mereka, malah sebilangan besar daripadanya menggunakan alasan idolization dan inspiration sebagai  lesen untuk terlepas daripada meniru, salin dan tampal hak milik intelektual jenama-jenama pujaan mereka.

Antara jenama pakaian siar yang sering menjadi mangsa salin dan tampal oleh pengusaha lokalah;

Supreme

Jenama kelolaan James Jebbia yang diasaskan pada tahun 1994 ini ialah sebuah jenama pakaian siar yang sangat hype (gembar-gembur) sehinggakan kamu semua boleh mendapatkan produk-produk tiruannya melalui pasar-pasar malam (atau downtown) berdekatan dengan kamu semua. Ia adalah antara jenama pakaian siar yang paling banyak dibuat tiruan oleh pengilang kapitalis dari Tanah Besar. Bagi aku, punca kejayaan jenama James Jebbia ini bertunjangkan asal-usul dan pembeli sasar Supreme, ia adalah antara jenama pertama yang menyediakan pakaian untuk pemain papan selaju dan kerana jenama ini terbit dari Bandar Raya New York, ia menambah kepada populariti dan cool factor (faktor kehebatan) Supreme. Jenama ini juga banyak melakukan usaha sama dengan jenama-jenama besar dunia seperti Comme des Garçons (コム。デ。ギャルソン), Vans, Stone Island, Fucking Awesome, Anti Hero, Undercover dan juga beberapa artis terkenal seperti Peter Saville, Jean Michel Basquiat dan Toshio Maeda (前田俊夫).

Staple Design

Jenama yang juga terbit dari Bandar Raya New York ini telah diasaskan oleh Jeff Ng atau lebih mesra dikenali sebagai Jeff Staple pada tahun 1997. Berbekalkan pengalaman beliau dengan perisian-perisian seni reka seperti QuarkXpress, Photoshop dan Illustrator, Jeff Staple telah melahirkan minat terhadap bidang seni reka grafik. Karya-karya dari Jeff Staple selalunya banyak bermain dengan kesesuaian grafik dan estetika seni yang sangat menonjol melalui kemeja-T grafik dan kemeja-T cetakan penuh rekaan beliau. Lambang burung merpati adalah sangat ikonik kepada jenama Staple Design. Antara usaha sama jenama Jeff Staple ini yang menjadi buruan peminat-peminat pakaian siar dan kaki kasut sniker ialah usaha sama Staple Design dengan Nike SB. Kasut sniker tersebut boleh menjangkau angka USD6,000 dan nilai jual semula kasut tersebut terus meningkat saban tahun.

Blvck Scvle

Aku dah terangkan tentang dua jenama otai, dan kali ini aku ingin memperkenalkan sebuah jenama baharu yang banyak memberi “inspirasi” kepada brado-brado lokalah di Malaysia; iaitu Blvck Scvle. Pengasas jenama ini, Michael Yabut atau nama mesranya MEGA, telah mengasaskan jenama ini bersama-sama dengan sahabatnya Alfred De Tagle sebagai suatu projek kecil-kecilan di samping bekerja sepenuh masa dengan Keith Hufnagel (pemilik jenama HUF). Jenama yang terbit dari San Francisco ini (ya, bukan dari Los Angeles), tergolong dalam kategori street goth aesthetic (siar goth estetik?), jadi produk rekaan Blvck Scvle amatlah sesuai untuk dipadankan dengan  pereka fesyen seperti Rick Owens. Sejak kemunculan jenama ini di Bandar Raya New York, pelanggan nombor satu yang sehingga kini masih memperagakan Blvck Scvle ialah A$AP Rocky , MC dari Harlem ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada populariti Blvck Scvle. Usaha sama yang paling menyerlah bagi aku adalah usaha sama Blvck Scvle dengan Gourmet.

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenama-jenama yang telah menjadi mangsa brado-brado lokalah, seperti FUCT SSDD, 10 Deep dan Stussy, sengaja aku tidak senaraikan selebihnya supaya kamu semua boleh cari dan nilai sendiri. Oh ya, aku juga sengaja tidak mendedahkan jenama lokalah apa yang meniru atau menyalin tampal dari jenama-jenama yang disebutkan di atas, macam yang aku kata tadi, aku penyokong kreativiti bukan pengongkong kreativiti.

PS: Bagi yang berminat dengan Blvck Scvle klik pautan ini.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s