Melayu dan Espresso

Espresso dalam bahasa aslinya (Bahasa Itali) membawa maksud ekspres dalam bahasa Melayu. Digelar espresso oleh orang Itali kerana proses penyediaannya adalah segera.

Sejenis kopi yang amat digemari oleh “penggemar” kopi di Malaysia, asalkan ia dihidangkan di dalam espresso shot (gelas kecil espresso?)dihiasi buih crema dan tampak menggugat untuk dimuatnaik ke Instagram; ia difahami umum sebagai segelas/secawan espresso, walaupun selain air hampir mendidih dan biji kopi dikisar halus, terdapat ramuan lain seperti gula perang dan gula tebu, asalkan ia tampak hebat dikaca telefon pintar, ia tetap layak digelar espresso.

Bagi aku, dari segi rasa tiada apa yang dapat membezakan antara segelas/secawan espresso dengan Kopi O Kosong. Mungkin lidah golongan pertengahan (juga dikenali sebagai jembel, murba atau marhaen) seperti aku ini tidak dapat mengesan perbezaannya kerana tunas rasa aku tidak sensitif (ya, tunas rasa dalam bahasa Inggeris ialah taste bud). Tapi ada kemungkinan tiada langsung perbezaan antara keduanya dari segi rasa.

Resipi Espresso

  1. Apa yang diperlukan untuk menikmati segelas/secawan espresso ialah biji kopi yang dikisar halus, air panas hampir mendidih dan crema (tidak diwajibkan).
  2. Nisbah yang disyorkan ialah 45ml air : 9 gram biji kopi yang dikisar halus.
  3. Untuk akak-akak dan abang-abang yang mempunyai espresso machine di rumah, aku cadangkan menyembur serbuk kopi tersebut dengan air panas 90°C dengan tekanan atmosferik berskala 9.
  4. Untuk yang masih kekurangan modal, air hampir mendidih yang dicurahkan di atas biji kopi dikisar halus sudah memadai.
  5. Jangan menambah ramuan lain kecuali crema.
  6. Tertib.

Aku harap perkongsian aku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sila gunakan ruangan komen untuk berkongsi pendapat kamu semua. Sebelum ‘me-ngomen’ sila sedar bahawa tidak semua orang memiliki pendapat yang sama.

Sekian.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s